Friday, May 25, 2012

Revolusi Minda Pendokong Gerakan Islam

Saudara-saudara teman seperjuangan sekalian,

Saya termenung sendirian teringatkan kelakuan cliche seorang pendokong gerakan Islam di Malaysia. Bagaimanakah pandangan anda semua terhadap pendokong Gerakan Islam di Malaysia seperti PAS? Tentunya anda semua akan terpandang seorang anak muda yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan, lepasan dari Akademi Islam, Universiti Malaya. Beliau berketayap setiap masa, dan terasing dari dunia realiti semasa. beliau kekok dalam mesyuarat-mesyuarat berbahasa inggeris. Pergi ke Mid Valley dengan memakai ketayap dan merasa sangat kekok sekali dipandang dan dijeling orang sekeliling. Beliau bersifat defensif, inferior, kurang jati diri, dan tiada keyakinan diri. Untuk mempertahankan dirinya, beliau menggubakan hujjah ugama untuk mengatasi sifat inferiority complex yang ada pada dirinya. Beliau kata orang itu salah, orang ini salah dan memberikan hujjah ugama untuk mempertahankan dirinya.

Saya mahu kita semua buang jauh-jauh persepsi sebegini terhadap pendokong Gerakan Islam seperti PAS. saya mahu setiap kali kita berfikir tentang pendokong PAS (atau Gerakan Islam yang lain), kita terbayangkan seorang anak muda yang berpelajaran tinggi, lepasan dari Harvard Business School, bergaji 6 angka sebulan. beliau berketerampilan, boleh sesuaikan diri dengan realiti dunia semasa. Beliau ke Mid Valley dengan begitu bergaya, bahas inggerisnya lancar dan sangat fasih malah tidak menyalahi tatabahasa inggeris seperti kebanyakan orang. Beliau menjadi pemimpin, tegas dalam hal ugama, berpengetahuan dalam bidang ugama, namun pada masa yang sama, menyantuni umat dan bersabar dengan kejahilan umat. beliau senyum, tapi senyumannya penuh dengan kesedaran bahawa umat perlu berubah.

Kebanyakan pendokong Gerakan Islam seperti PAS masih lagi dikuasai oleh perasaan ta'asub keterlaluan. mentang-mentanglah mereka membawa nama "Islam" maka mereka merasakan mereka di pihak yang benar. mereka menuduh pihak lain sebagai kafir, sebagai fasiq tanpa sedikitpun merasakan bertanggungjawab terhadap agenda dakwah. Mereka dikuasai semangat "kekitaan" keterlaluan. Mereka berpolitik secara kebudak-budakan, mencaci sana, menghina sini.

Saya impikan pendokong Gerakan Islam yang berjiwa besar, menerima perbezaan pendapat dengan hati yang terbuka, menghormati pihak yang tidak sehaluan, dan merasa bertanggungjawab terhadap umat sebagai da'ie dan pendakwah. Saya impikan pendokong Gerakan Islam yang tidak bertindak berlandaskan emosi, tapi bertindak berlandaskan ilmu dan taqwa kepada Allah. Saya impikan pendokong Gerakan islam yang berpengetahuan tinggi, bukan sahaja dalam bidang ugama, tapi juga dalam bidang ilmu keduniaan.

Kita melawan Gerakan nasionalisme kebangsaan bukan kerana kita bencikan mereka, tapi kerana kita sayangkan mereka dan mahukan mereka berubah. Kita seumpama ayah yang memukul anaknya, bukan kerana bencikan anak tersebut tapi kerana terlalu sayangkannya.Kita seumpama seorang dewasa yang sedang bersabar dengan karenah anak kecil (UMNO) yang keras kepala, meronta-ronta meminta aiskrim. Ya, kita turuti permainan mereka, tapi padamasa yang sama senyum melihat karenah kejahilan mereka terhadap ugama mereka sendiri dan berasa bertanggungjawab untuk merubah mereka. Kita adalah orang yang mulia, orang yang "enlighten", sementara mereka adalah orang-orang jahiliyyah.

Ayuh teman-teman, tingkatkan amalan, masuk ke dalam masyarakat, santuni umat dengan senyum tapi penuh berstrategi. Dalami ilmu, pelajari pelbagai bahasa (inggeris, mandarin, kantonis, jerman, french, arab), tingkatkan pendapatan. Kita nak pendokong gerakan Islam PAS yang kaya raya, kuat fizikal, bergaya, bergraduan dari Oxford Universiti, berkarisma, kedepan. Kita taknak pendokong Gerakan Islam PAS yang bergraduasi dari pondok (with all due respect), miskin, kurus keding, hanya tahu memakai serban tapi janggal bertali leher, dan terkebelakang.

No comments:

Post a Comment