Sunday, May 20, 2012

Perbetulkan Niat

Teman-teman sekalian,

Baru-baru ni saya ada menaiki teksi ke tempat kerja (okay...okay, saya mengaku agak terlambat sampai ke ofis hari itu). Pemandu teksi tersebut rupa-rupanya seorang penyokong tegar PR. berdegar-degar dia cakap dengan saya. hujjah-hujjah beliau kebanykannya berkisar tentang isu ekonomi, urus tadbir kerajaan, dan keadaan sosial negara. Mendengarnya, saya menjadi risau dan takut? Kenapakah saya menjadi risau pula? Tidakkah saya sepatutnya menjadi gembira berada di samping penyokong tegar PR?

Saudara-saudara sekalian,
Saya sering menjadi risau berhadapan dengan "penyokong tegar" PAS, terutamanya dari kalangan anak muda. Mereka ini majoritinya menyokong PAS samada kerana taqlid (ikut-ikutan) atau kerana sebab yang salah. Kenapa sokong PAS? Owh...kerana sokong PAS menjadi trend di IPTA tempat saya study. Kenapa sokong PAS? Owh, kerana ayah saya kuat PAS di kampung. Kenapa sokong PAS? Kerana sokong PAS "cool", boleh berdemonstrasi menjadi hero di Dataran Merdeka. Kenapa sokong PAS? Kerana hanrga bawang naik 20 sen. Kenapa sokong PAS? Owh, kerana harga gula telah naik 5 sen. Kenapa sokong PAS? Kerana subsidi minyak dikurangkan 3 sen. Kenapa sokong PAS? Kerana kos hidup semakin meningkat. Ini bukanlah sebab utama kita menyokong PAS.

Jika kita sokong PAS kerana harga bawang naik 20 sen, apakah kita akan terus menyokong PAS setelah harga bawang diturunkan 30 sen oleh UMNO? Jika kita sokong PAS kerana hak berpolitik mahasiswa ditekan, apakah kita akan terus menyokong PAS setelah AUKU dihapuskan oleh UMNO? Jika kita sokong PAS sebab kezaliman ISA, apakah kita akan terus menyokong PAS setelah ISA dihapuskan oleh UMNO? Jika kita sokong PAS kerana harga minyak naik 3 sen, apakah kita akan terus menyokong PAS setelah harga minyak diturunkan 10 sen? Teman-teman semua, KENAPA SEBENARNYA KITA SOKONG PAS?

Sahabat-sahabat,
Kita sokong PAS bukan kerana harga bawang. Kita sokong PAS bukan kerana ISA. Kita sokong PAS bukan kerana AUKU. Kita sokong PAS bukan kerana ekonomi negara meleset.Kita sokong PAS bukan kerana ayah kita orang kuat PAS di kampung. Habis tu, kita sokong PAS kenapa? Kita sokong PAS hanya senya kerana Islam. Jika pada hari esok UMNO menurunkan harga gula dan minyak, menghapuskan ISA dan AUKU, menaikkan gaji kakitangan awam 100%, menghapuskan rasuah 100%, menjalankan tadbir urus terbaik, kita akan tetap sokong PAS. Kenapa? Kerana Islam.

Kita hanya akan menyokong UMNO jika sistem-sistem hidup Islam telah dilaksanakan sepenuhnya (atau sekurang-kurangnya ternampak usaha dan kesungguhan untuk melaksanakannya). Walaupun harga bawang naik, walaupun harga minyak naik, walaupun ekonomi meleset, kita akan terus menyokong UMNO, asalkan sistem hidup Islam mahu disaulatkan oleh UMNO, tiada masalah.

Sebab itu, syarat untuk muzakarah hanya satu, buka minda untuk menerima Islam sebagai asas pemerintahan negara. Itu sahaja syaratnya.

No comments:

Post a Comment