Monday, May 28, 2012

Kita dan Hidup

Salam petang teman-teman sekalian,

Semua dari kita pastinya mahukan yang terbaik untuk diri sendiri kan? Saya, sebagai seorang pelajar, mahu lulus dngan cemerlang dalam peperiksaan profesional saya. Seorang gadis, mahukan jejaka tampan yang soleh, yang kaya, yang terhormat sebagai bakal suaminya. Tuan Haji Zul si kontraktor, mahukan tender yang dimasukinya berjaya lantas menjadi kaya raya. Jamal si pegawai, mahukan CEOnya notice kebolehan dirinya lalu memberi kenaikan pangkat lantas menjadikannya seorang pekerja yang cemerlang dan Jamal telahpun berkira-kira tentang masa depannya, kereta barunya, rumah barunya, serta mimpi-mimpi nan indah-indah belaka.

Tapi kan, tak semua benda yang kita impikan di atas akan kita kecapi. Begitulah selalunya, tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Itulah lumrah hidup manusia. Saya masih ingat, mengikuti sebuah drama kegemaran saya semasa masih dibangku sekolah dulu berjudul "Life goes on" yang mengisahkan kehidupan sebuah keluarga sederhana di sebuah kota besar Amerika Syarikat. Dalam satu eposid, si ayah menyantuni anak gadis remajanya yang kecewa setelah cintanya dengan seorang pemuda (rakan sekolej) berkecai. Si ayah berkata "Tidak semua perkara yang kita impi, akan kita dapat. Adakalanya tidak tidak akan dapat apa yang kita mahu". Semasa saya kecil, saya sebenarnya tidak faham dengan ayat tersebut. Semasa saya di bangku sekolah, saya fikirkan saya boleh capai apa sahaja yang saya mahu, asalkan saya berusaha keras. Dan saya merasakan skrip drama "kita kadangkala tidak akan dapat apa yang kita nak dalam hidup", begitu mengjengkelkan dan begitu mengganggu dan begitu demotivating. Namun, setelah saya menginjak dewasa, barulah saya sedar dan come to my sense akan erti ayat tersebut.

Setelah saya dewasa, saya dapati manusia punyai keterbatasan dalam kemampuannya. Kita impikan isteri solehah, tapi Tuhan punyai perancangan lain untuk kita. Ya, kita dah tapis, kita dah pilih, kita dah teliti, tapi kita still dapat isteri yang tidak sefikrah, mungkin disebabkan kelalaian diri kita atau sebab-sebab yang lain (takde kaitan dengan my wife). Tapi itulah hakikatnya. Kita manusia punyai keterbatasan. Kadang-kadang kita nak A, tapi Allah bagi B. Kadang-kadang kita nak B, tapi Allah bagi A. Dan kadang-kadang pula, kita nak A, dan ALlah memang bagi A. Ada banyak perkara yang sifat dan kebolehan manusiawi kita punyai batasan. Kita tidak mampu menelah masa hadapan. Kita tak mampu ingati peristiwa 20 tahun yang lalu. Kita tak mampu menghafaz semua peristiwa. Kita tak mampu mengawal sikap manusia lain. Kita tak mampu memaksa manusia lain. Kita tak mampu pastikan kita akan berjaya. Kita tak mampu itu, tak mampu ini. Ada banyak perkara yang berada di luar kekuasaan kita. Akhirnya saya terpaksa mengaku, Kita hanyalah manusia yang lemah.

Dan inilah sebenarnya kehidupan. Kehidupan adalah berani menerima ketentuan Allah untuk kita. Redha dan berlapang dada dengan ketentuan Allah. Kita manusia seringkali keliru terhadap apa yang kita snagka baik untuk diri kita. Kadang-kadang benda yang kita rasa baik untuk diri kita, sebenarnya benda itu adalah tidak baik untuk kita. Dan benda yang kita rasa tidak baik untuk diri kita, sebenarnya benda itulah yang sebenarnya baik untuk diri kita. Mengapa kita keliru? Kerana sememangnya sifat manusia itu terbatas. Sifat fitrah semulajadi manusia adalah terbatas. Dek kerana itulah juga kita kena senantiasa berpegang pada Allah, jangan lupa do'a, jangan lupa mengharap pada rahmatNya. Allah tidak akan meletakkan kita di tempat yang tidak baik untuk kita. Allah sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita. Jika di mata kasar, sesuatu perkara itu tidak baik untuk diri kita, sebenarnya benda itulah yang baik untuk kita. Subhanallah. Maha suci Allah.

No comments:

Post a Comment