Sunday, March 14, 2010

Tuan Haji Zul

Salam,

Tulisan saya kali ini agak panjang, saya amat berharap para pembaca yang budiman dapat bersabar dengan tulisan saya ini dan dapat membaca dengan tenang hingga ke akhir. Terima kasih.

Saya mempunyai seorang teman yang tinggal di hujung kota sana yang telah membaca blog saya. Nama beliau adalah Tuan Haji Zul. Di sini saya ingin titipkan kembali pendapat beliau setelah membaca tulisan-tulisan saya di blog ini.

"Rushdan, jangan ingat orang PAS saje yang sayangkan Islam. UMNO pun sayangkan Islam juga, cuma kami taklah fanatik macam geng-geng PAS tu, memekik memekak bertakbir macam tok-tok guru kamu tu. Jangan ingat bila kami tak bertakbir, kami "kurang Islam" dari kamu. Saya, seorang ahli UMNO, pun tak pernah tinggalkan solat, solat tahajud tengah malam, Dah dua kali pergi Haji, Umrah? Memang dua tahun sekali saya akan menunaikan Umrah. Tapi tak pula saya cakap berdegar-degar macam tok guru kamu tu, seolah-olah dia aje yang Islam kat Malaysia nie.

Lagi satu, nie...pasal Hudud nie, tu je lah modal kamu. Nampak sangat nak menjual agama untuk dapat sokongan. Sembang bolehla, cuba korang yang perintah Malaysia. Ingat senang ke? Saya nak tanya kamu, tak Islam lagi ke kita ni? Kita dah ada Ekonomi Islam, Universiti Islam, dan pelbagai lagi inisiatif kerajaan untuk mendaulatkan Islam. Masjid? dah berlambak-lambak dah. siap ade aircond lagi! Tak Islam lagi ke? Korang nak kita jadi macam Taliban tu ke baru nak dinamakan Islam? Sempitnya pemikiran puak-puak PAS nie.

Satu lagi pasal negara Islam. Korang bercakap seolah-olah negara Islam ni boleh selesaikan semua masalah manusia. Seolah-olah negara Islam ini ubat mujarab yang kalau kita pakai, semua masalah kita akan selesai. Kalau hari ni kita laksanakan negara Islam (hudud, etc.), esok dah takde mat-mat rempit, dah takde bohsia, smeua orang sekelip mata jadi kaya, dah takde orang miskin. Macam tu ke kamu ingat? Senangnya, kamu ingat semudah tu ye nak tadbir sebuah negara? Bukan semuda tu dik. Tengok, sekarang ni punKelantan yang kononnya "negeri Islam, Bandaraya Islam" tu, kes rogol paling tinggi dalam negara, kes cerai berai antara tertinggi. Camana lak tu? Kata Islam sangat...aduhai budak-budak PAS ni.

Haaa....ni bila saya cakap camni, nanti ada pula orang-orang PAS yang keluarkan fatwa saya dah terkeluar dari Islam (sambil tergelak sinis). Maklumla, PAS kan suka kafirkan orang lain yang tak sehaluan dengan dia, hehe.

Saya rasa pendekatan yang dibuat oleh UMNO sekarang ni, pendekatan terbaik. Dah elok sangat dah, tak perlu nak tukar-tukar lagi dah. Disebabkan UMNOlah ekonomi negara kita melanjak tinggi seperti sekarang dan tengok apa kata dunia kat kita - Malaysia adalah negara Islam contoh! Secara automatik, Islam itu dijulang tinggi, dipandang mulia.

Dalam isu Palestin pulak, sape yang mempelopori kempen pembebasan Palestin diperingkat antarabangsa? Tak lain tak bukan - UMNO, melalui Tun Dr. Mahathir. Dah berpuluh forum kita buat di peringkat antarabangsa untuk kempen membebaskan Palestin. Kesannya, negara kita diiktiraf dunia Islam sebagai negara rakan Palestin. PAS? Apa yang PAS dah buat? Bercakap je lebih kat ceramah, hasil? Tarak....

Apa yang nak saya cakapkan, saya pun sayangkan Islam, tak kurang sikitpun dari tok-tok guru kamu tu, malah mungkin lebih lagi kot. Tapi kami, orang-orang UMNO taklah sampai nak gunakan Islam untuk kepentingan politik. Saya faham, ni semua politik punya pasal. Demi nakkan kuasa, Tok Guru Nik Aziz sanggup gadaikan agama untuk duduk kerusi empuk Menteri Besar Kelantan. Dah sakit-sakit pun taknak jugak lepaskan jawatan. Dia ingat jawatan tu boleh bawa dalam kubur ke?

Dahla Rushdan, politik, politik jugak. Sekarang jom kita pekena teh tarik kat Restoran Amjal".

Rushdan - "Haaa bagus jugak tu bang. Jom!

1 comment:

  1. Agak terkesima saya mendengar hujah Tuan Haji Zul. nampaknya Tn. Hj. Masih "kurang yakin" dengan hukum "hudud" yang telah termaktub dalam Al-Quran. Bila tuan haji cakap "mat rempit boleh terhapus ke bila kita ada hudud"...jawapan saya "Ya" sebab saya amat yakin dengan hudud. bukan setakat terhapus. malah "Tak Wujud" pon.

    Boleh saya tahu Tuan Haji dari negeri mana?...sekiranya data kes rogol tertinggi dan kes cerai berai tertinggi adalah milik kelantan. satu soalan. dari mana data tu diperolehi???..telah dibuat kajian tentangnya?..

    tuan haji, pada akhirat kelak Allah akan tanya setiap orang dari kita apa yang dah kamu buat untuk tegakkan Islam?..rasanya antara jawapan tuan Haji dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mana yang lebih kukuh.

    Mungkin jawapan tuan haji begini..."Ya Allah, aku telah sembahyang tahajjud setiap malam. aku dah pergi haji sebanyak ...kali. aku dah menjadi seorang muslim yang baik ya Allah."

    tapi andai ditanya "apa sumbangan kamu dalam menegakkan hukum /syiar Islam. agaknya apa jawapan tuan haji yea.

    Mungkin jawapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz begini. " Ya Allah, aku sudah sedaya upaya nak tegakkan Islam atas muka bumi mu. aku dah berusaha nak laksanakan hudud sebagai gaya hidup semua rakyat dibawah pimpinanku." Ya Allah, sesungguhnya hidayah itu adalah hak mu. aku hanya mampu menyampaikan kepada manusia sahaja"..

    saya teringat sepotong ayat Al-Quran Asy Syuura ayat 48. (tak perlu saya terjemah. kalu boleh saya nak tuan haji bukak sendiri tafsir dan fikir2kan lah ayat tu. kalu tak buat macamni mungkin tuan haji tak bukak tafsir pulak....jgn marah tuan haji ye).

    maaf tuan haji, saya agak beremosi bila ayat tuan haji cakap tadi. saya takkan cakap tuan haji keluar dari Islam kerana memperlekehkan hukum Allah. cukuplah Allah yang menilainya. cuma sebgai seorang yang digelar MUSLIM dan Islam kita patut yakin dengan hukum Allah.

    tuan haji, kita jangan ingat nak tadbir kerajaan ni hanya kena pakai otak sahaja. jgn lupa segala bumi dan langit ni milik Allah. termasuk apa yang ada dalam muka bumi. hatta kerajaan pimpinan Barrack obama pon adalah milik Allah. kalu kita tak mentadbir secara Islam macamana nak dapt KEBERKATAN tuan haji. kalu betol kita IKHLAS mentadbir untuk tegakkan Islam. InsyaAllah keberkatan tu datang. Allah bagi rahmat. sya cukup yakin dengan itu tuan haji. kalu berkat, maslaah sosial takkan berlaku. Islam ajar kita MENCEGAH masalah tuan haji bukan menyelesaikan masalah. cantikkan ISLAM tuan haji.

    apa yang saya pandang usaha tuan guru nik abdul aziz ke arah itu. bukan nak rebut kuasa atau apa. dan satu lagi tuan haji. tuan haji kene ingat andai maksiat berleluasa BALA akan turun. tak kira orang tu baik atau jahat. seluruh negeri atau negara akan kena. tak kira lah tuan haji yang cukup menjaga solat dan haji nya pon akan turut terkena. barang kali itu dalam fikiran tuan guru nik aziz. tak nak bala tu menimpa dia atas perkara yang dia tak buat.

    mungkin tuan haji jawap " eleee...ngata kita. kamu orang kelantan tu lagi banyak buat maksiat"... macam ayat saya tadi. sekurang-kurangnya tuan guru berusaha. dan saya percaya yang kaki maksiat ni iman dan Islam dia belum kuat. belum sempurna. nah, itu yang tuan guru cuba untuk mendidik. bila kuasa pemerintahan berada ditangan kita, senang la kita nak bentuk rakyat...kalu tak dak kuasa, sapa pon tak pandang kita...kan tuan haji...

    tuan haji kena ingat, Islam bukan buat ibadat sendiri2. tapi Islam hidupnya bermasyarakat. nasihat menasihati...perlu kah saya bagi sepotong ayat Al-Quran lagi untuk tuan haji?...

    panjang laaa kalu nak explain tuan haji. tapi rumusan dari karangan kurang cerdik saya ni...setiap perlakuan kita hendaklah IKHLAS. tak guna buat masjid kalu tak ikhlas. tak guna g haji kalu tak ikhlas. soal mana awak tau saya ikhlas ke tak??...itu urusan Allah. tapi...tepuk dada tanya Iman.

    tapi selalunya kalu niat orang tidak ikhlas kita boleh hidu...boleh baca....kan tuan haji?

    salam....

    ReplyDelete