Wednesday, February 17, 2010

Politik Islam VS Politik Berasaskan Gerakan Kesedaran (Enlightenment) yang Berasal Dari Eropah

Salam,

Sejak kebelakangan ini, ada orang bercakap tentang politik pertentangan dan politik "participative". Ada teman-teman yang mengatakan bahawa tulisan saya sebelum ini adalah satu bentuk politim yang terlalu tidak matang, terlalu naif. Perkiraaan budak-budak kata mereka. Politik kampung yang hanya ingat dia sahaja yang betul. Mentang-mentanglah dia gunakan Islam di dalam seruan politiknya, maka semua orang kena ikut parti dia. Dan atas nama Islam, parti orang lain, dan segala apa yang dibuat, dibawa, dan dicadangkan oleh parti selain dari parti dia semuanya salah dan perlu ditentang. Ini adalah kerana walaupun tindakan parti mereka adakalanya betul, tetapi kerana asasnya adalah salah, maka semua tindakan mereka selepas itu adalah salah.

Terdapat pula pemikiran politik baru yang menolak plotik pertentangan seperti di atas. Fokal utama pemikiran politik baru ini adalah rakyat terbanyak. Memberi khidmat kepada rakyat. Apa sahaja yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat, kita perlu duduk semeja dan sama-sama menyokong, tidak kira dari parti politik manapun kita. Gerakan ini menyokong kebebasan bersuara, hak warganegara, dan mendokong demokrasi tulen. Saya rasa pemikiran politik ini lahir dari revolusi negara Perancis di mana kesedaran tentang hak-hak ini ditimbulkan oleh pemikir-pemikir agung Perancis dan Eropah pada kurun ke 18 dulu.

Oleh kerana Islam itu agung dan tidak ada yang lebih agung daripadanya, Islam itu ketua dan bukan pengikut, adakah gerakan Islam perlu menyokong plitik pertentangan, kekal dengan semangat kampung aku sahaja yang betul, kamu semua salah kerana aku bawa Islam? Dahulu, semasa saya kecil-kecil, saya selalu berkata di dalam hati, 'kenapala Harakah ni selalu je mengkritik kerajaan/ Tak kira apa sahaja yang kerajaan buat, semuanya salah. Buat Putrajaya salah, buat PLKN salah, buat Proton salah, buat F1 salah'. Sehinggakan saya rasa meluat nak baca akhbar kaki mengkritik ini buat satu tempoh tertentu (sekarang dah start baca balik dah).

Bagi saya gerakan Islam perlu menolak politik pertentangan seperti ini. Apa yang baik dari parti nasionalis kebangsaan, kita perlu terima dan sokong. Penerimaan ini, tidaklah pula bermakna pemuka-pemuka gerakan Islam redha dengan asas 'kebangsaan' yang dibawanya, tapi di atas asas bahawa perkara tersebut baik untuk negara dan rakyat. Pada masa yang sama, gerakan Islam perlu istiqamah dengan objektif utama untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan yakin bahawa Islam itu ulung.

Inilah masalahnya jika negara kita masih lagi mempunyai gerakan-gerakan nasionalis kebangsaan di kalangan muslim. Jika kesemua parti politik di negara kita perlembagaannya berteraskan Islam, masalah ini tidak akan timbul. Kita semua boleh bergabung atau bersaing di atas dasar kecekapan, dan bukan lagi di atas dasar siapa yang bawa Islam yang lebih betul. Salahnya adalah UMNO yang menolak Islam sebagai satu agama yang syumul.

No comments:

Post a Comment